top of page

TIPS KENDALIKAN ANAK TANTRUM OLEH DR. REDZA ZAINOL

Writer's picture: AzleendaAzleenda

Sumber: Google


Kebanyakan ibu bapa pasti pernah mengalami keadaan anak yang tantrum sama ada di rumah mahupun di tempat awam. Keadaan ini merupakan satu pengalaman biasa yang perlu dihadapi ibu bapa dalam membesarkan anak-anak mereka.


Tantrum merupakan kemarahan atau anak-anak yang mengamuk secara tiba-tiba dalam tempoh yang singkat dengan melakukan beberapa perkara seperti menangis, menjerit serta menunjukkan ketidakpuasan hati dengan bertindak memukul dan menendang. Tantrum juga merupakan satu tindakan anak-anak yang tidak dapatkan sesuatu yang mereka inginkan.


Menurut Dr. Redza Zainol, seorang pegawai perubatan paediatrik, ibu bapa perlulah cuba untuk memahami keadaan anak-anak dengan melihat mesej yang cuba disampaikan di sebalik tingkah laku mencabar tersebut.


“Terdapat beberapa mesej yang anak-anak cuba sampaikan semasa mereka tantrum, misalnya anak-anak yang merengek dan menangis sedangkan mereka sebenarnya penat dan sangat mengantuk,” kata Dr. Redza.

Tambahnya lagi, proses mengenal anak itu tidak akan berhenti memandangkan anak-anak akan membesar ke fasa perkembangan yang seterusnya.


Oleh itu, ibu bapa hendaklah menambah atau upgrade ilmu dalam menjaga anak-anak terutamanya ketika berdepan dengan anak tantrum.


Terdapat beberapa tips yang dikongsikan oleh Dr.Redza untuk menangani atau mengawal keadaan ketika anak tantrum. Berikut adalah panduan asas untuk ibu bapa praktikkan ketika mengalami keadaan sebegini.


1) Bertenang. Ibu bapa hendaklah mengawal emosi masing-masing terlebih dahulu dengan bertenang dan tidak bertindak mengikut emosi. Meskipun jeritan anak-anak mungkin membuatkan anda berasa marah atau malu terumanya berlaku di kawasan umum, namun, anda haruslah bijak dalam mengawal keadaan supaya dapat membuat keputusan yang lebih rasional dalam mengendalikan tantrum anak anda.


2) Jangan peduli. Ibu bapa juga tidak digalakkan untuk melayan atau memberi muka terhadap anak-anak ketika mereka sedang tantrum. Walau bagaimanapun, anda juga hendaklah mengawai anak-anak anda secara tersembunyi untuk memastikan keadaan mereka selamat. Walaupun, sukar untuk berbuat demikian terutamanya di kawasan awam, namun tip ini amat penting untuk memastikan anak anda dapat belajar bahawa mereka tidak akan dapat perhatian dengan bertindak mengamuk dan menjerit.


3) Kekal konsisten. Ibu bapa hendaklah kekal konsistem dalam membuat sesuatu keputusan seperti tegas dalam melarang anak anda terhadap sesuatu perkara.


4) Strategi lain. Selain daripada itu, ibu bapa perlulah menjauhkan anak-anak daripada tempat anak anda pernah mengamuk. Hal ini adalah mengelakkan tantrum daripada berulang. Ibu bapa juga perlu memberikan pelukan kepada anak-anak supaya mereka merasakan diri mereka disayangi. Tambahan pula, ibu bapa boleh mengubah keadaan dengan gelak atau senyum untuk menunjukkan anda cuba mengawal keadaan dan tidak mudah mengalah terhadap permintaan mereka.


5) Fokus kepada kelakukan baik atau positif. Apabila anak-anak anda sudah bertenang dan berhenti menangis, ibu bapa perlu memberikan perhatian semula kepada mereka. Ibu bapa juga perlu memuji anak-anak kerana berkelakuan baik dengan memberikan ganjaran kepada mereka seperti pelukan atau ciuman.


Dr, Redza turut berkata, keadaan tantrum adalah sesuatu yang normal untuk anak-anak di bawah usia dua tahun. Hal ini kerana, mereka masih berada di dalam fasa untuk belajar “self control”.

Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau dan bimbang kerana keadaan tantrum ini merupakan satu perkara biasa dalam proses pembesaran anak-anak.


36 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2 Post

©2021 by BAHAGIA. Proudly created with Wix.com

bottom of page