top of page

Terapi awal bantu pulih "speech delay"

Kanak-kanak yang menghidapi masalah speech delay bukanlah satu perkara yang baru dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Rata-rata ibu bapa juga akan risau sekiranya anak mereka menghidapi speech delay. Hal ini kerana, kanak-kanak yang berusia 2 tahun kebiasaannya sudah pandai untuk menuturkan perkataan sekurang-kurangnya dua patah perkataan. Sebanyak 128 kes speech delay telah direkodkan pada tahun 2018 dan meningkat pada 1, 028 kes menjelang tahun 2019.


Namun, ibu bapa tidak perlu khuatir sekiranya anak anda mengalami masalah speeh delay kerana penyakit ini dapat diatasi dengan menjalani rawatan terapi. Seperti perkongsian Puan Suzielawaniey mengenai anaknya, Adam Mikail yang didiagnos speech delay.



Gambar : Suzielawaniey


“Masa Adam berumur 2 tahun, dia tak boleh nak buat dua patah perkataan lagi. Jadi, saya buat keputusan untuk pergi jumpa doktor di klinik kesihatan ibu dan anak”, kata Puan Suzielawaniey.


Menurut Puan Suzielawaniey, doktor membuat surat rujukan ke Hospital Ampang dan mendapat temujanji 2 bulan selepas itu buat pertama kalinya.


Puan Suzielawaniey mengatakan bahawa semasa membawa Adam berjumpa pakar terapi di hospital, doktor ada minta saya rujuk pakar telinga kerana ada kemungkinan ada masalah pendengaran. Namun, setelah rujuk pakar telinga, keputusan ujian semua tiada masalah.



Gambar : Suzielawaniey


Adam kemudiannya dibawa berjumpa pakar mulut. Di situlah doktor dapat kesan Adam ada masalah lidah iaitu tongue tie. Masalah lidah pendek ini yang menyebabkan Adam tidak mampu untuk bertutur dengan baik sama seperti kanak-kanak lain yang seusianya.


Puan Suzielawaniey mengatakan dia sepatutnya membawa Adam menjalani pembedahan lidah pada bulan 12. Namun, telah ditunda ke bulan satu 2022 kerana Adam mengalami demam pada waktu tersebut.


“Doktor cakap kalau buat pembedahan, kebarangkalian boleh bercakap bukan 100%, tengok juga atas perkembangan Adam”

Menurut Puan Suzielawaniey, sudah hampir dua tahun Adam mengikuti terapi yang dijadualkan kepadanya setiap bulan. Dia juga dapat melihat perkembangan Adam yang sudah pandai membuat ayat menggunakan tiga dan empat patah perkataan. Doktor ada menyarankan agar Adam didaftarkan sekolah agar boleh membantu Adam berkomunikasi dengan lebih baik bersama-sama rakan sebaya.



Gambar : Suzielawaniey


Walaupun Adam telah mendapatkan rawatan terapi di hospital, namun saya masih memantaunya di rumah agar proses pembelajaran yang diajar di hospital turut dipraktikkan di rumah. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak masalah speech delay, usah bimbang kerana anak kita tidak akan selamanya begitu sekiranya mendapatkan rawatan awal.

67 views0 comments

Comments


Post: Blog2 Post
bottom of page