‘Sharenting’ Adakah anda gemar melakukannya?
- Noor Hiedayah Ahmad

- Nov 29, 2021
- 1 min read
Sudah menjadi lumrah apabila ibu bapa gemar memuat naik gambar atau video anak-anak di media sosial. Ini dilakukan sebagai satu cara untuk berkongsi pengalaman keibubapaan dan saat-saat berharga bersama anak-anak mereka. Walaubagaimanapun, haruskah kita sebagai ibu bapa berasa bimbang dengan risiko yang terkait dengan media sosial dan Internet?

GAMBAR: APLIKASI UNPLASH
Perbuatan itu dipanggil ‘sharenting’ dan ia berlaku apabila ibu bapa berkongsi gambar atau video anak-anak mereka menerusi media sosial seperti Instagram atau Facebook. Perkongsian yang dilakukan adalah mengenai aktiviti seharian yang dilakukan oleh ibu bapa dan anak-anak mereka.
Bagaimanapun, sharenting boleh menjadi bahaya apabila ibu bapa terlalu banyak berkongsi tentang anak-anak mereka sehingga mereka tidak sedar yang mereka telah pun mendedahkan lokasi dan maklumat sensitif secara tidak langsung kepada orang luar.







Comments