top of page

Mainan terbaik untuk anak autisme


Anak autisme sememangnya mempunyai masalah daripada pelbagai sudut. Walaupun ada di antara mereka yang kelihatan normal seperti anak-anak yang lain namun mereka ini mempunyai masalah dalam tumbesaran terutama sekali dalam persekitaran sosial mereka.


Kanak-kanak yang menghidapi autisme mempunyai kesukaran untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain secara biasa. Mereka lebih gemar bermain sendiri, menjadi obses dengan objek tertentu dan berada dalam dunia sendiri. Anak-anak ini juga kurang berkemampuan dalam membaca ekspresi emosi dan isyarat sosial, menyebabkan perkembangan komunikasi-sosial mereka terjejas.


Terdapat beberapa masalah yang boleh terjadi dalam kalangan anak-anak autisme seperti tidak mampu bersosial, tidak boleh bertutur dan berkomunikasi serta mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan mereka. Oleh iu, untuk merangsang perkembangan dan pembelajaran mereka, bermain merupakan aktiviti yang sangat sesuai bagi mereka. Permaianan yang menarik minat kanak-kanak serta menggalakkan interaksi boleh membantu untuk memperbaiki kemahiran komunikasi mereka.


5 mainan terbaik untuk diberikan kepada anak-anak austisme.


  1. Trampolin



Kredit: Google Image


Banyak anak-anak autisme yang suka bermain dengan trampolin. Secara saintifiknya. Anak-anak autisem ini memiliki ketidakseimbangan dalam sistem sensorik. Semasa bermain di atas trampolin, merea akan belajar untuk merasakan pelbagai posisi tubuh dan respon tubuh. Selain itu, melompat dan menyeimbangkan tubuh pada trampolin juga akan membantu anak mengintegrasikan pelbagai sistem dalam tubuh.


2. Puzzle




Kredit: Google Image


Puzzle merupakan antara alat permianan yang efektif untuk meningkatkan konsentrasi serta kesabaran anak anda. Pastikan anda turut bermain bersama mereka supaya dapat membantu dalam proses penyusunan puzzle tersebut.



3. Blok mainan (Lego)



Kredit: Pinterest


Blok mainan ataupun lego ini bagus untuk meningkatkan kemahiran kreatif mereka. Blok mainan yang tersedia dalam pelbagai warna, bentuk dan ukuran ini akan meningkatkan tahap pemikiran mereka untuk mengenali sesuatu objek. Blok mainan yang bersifat kuat dan tidak mudah jatuh apabila telah disusun ini membantu dalam membangunkan kepercayaan diri bagi anak-anak autisme.



4. Hopscotch Puzzle Mat



Kredit: Google Image


Puzzle mat ini menjadi mainan yang bagus untuk meningkatkan keterampilan pengorganisasian, keterampilan ‘motor skill’ serta keseimbangan anak. Pertama anak akan menyusun puzzle ini, dan kemudian akan bermain mula dengan mat ini. Bermain hopscotch puzzle mat membantu anak belajar tertumpu pada satu kaki dan melompat dengan dua kaki.


5. Berbasikal



Kredit: Pinterest


Sebuah pedal basikal menjadi mainan yang bagus untuk meningkatkan keseimbangan dan kepercayaan diri pada anak-anak autisme. Awalnya anak anda mungkin memerlukan masa yang cukup lama untuk membiasakan diri dengan sepeda dan perlukan bantuan anda. Namun, mereka akan menjadi terbiasa dan mulai naik basikal dengan cepat tanpa bantuan. Pilih jalan dengan permukaan rata/mendatar agar anak menjadi lebih mudah belajar berbasikal.



21 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2 Post
bottom of page