top of page

‘Pop it’ latih si kecil anda

Pembaca tahu tak tentang permainan silikon berwarna-warni yang tengah viral sekarang ? Permainan ini ialah separa gelembung dan hadir dalam pelbagai bentuk dan warna yang menarik. Haa, permainan tu dipanggil ‘Pop it’. Walaupun permainan ini hanya boleh dipicit, tapi ia telah mencetuskan fenomena seperti permainan fidget spinner.


Permainan ‘Pop it’ ini mengingatkan kita dengan ‘bubble wrap’ di mana kita akan asyik memicit gelembung-gelembung yang ternyata memberikan kepuasan kepada pelakunya. Permainan ‘Pop it’ ini bukan sahaja digunakan oleh kanak-kanak, malah orang dewasa turut menggunakannya !


Ternyata, permainan ini bukan hanya sekadar memicit gelembung tersebut tetapi mampu memberikan kesan yang positif kepada anak-anak anda. Nak tahu apa manfaat daripada mainan sensori ini ? Mari sini kami kongsikan bersama anda !


1. Kanak jadi lebih fokus

Permainan sensori seperti ‘Pop it’ ini memerlukan kanak-kanak memicit gelembung tersebut yang mendorong kepada pergerakan otot tangan. Kajian menunjukkan kanak-kanak dapat mengawal dan mengarahkan pergerakan mereka terutama sekali ketika situasi cemas sekaligus mampu meningkatkan konsentrasi kanak-kanak terhadap sesuatu perkara.

Pergerakan yang dilakukan kanak-kanak ketika memicit ‘Pop it’ juga mampu

merangsang otak kiri dan otak kanan yang terbukti bagus untuk tumbesaran kanak-kanak.


2. Dapat kurangkan stres

Bukan orang dewasa juga yang mengalami stres, kanak-kanak juga stres lebih-lebih lagi sepanjang musim pandemik ini yang menyebabkan mereka terpaksa berkurung di dalam rumah. Aktivit harian mereka seperti bermain bebas di taman permainan dan berjumpa kawan-kawan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu bagi membendung penularan wabak COVID-19. Dengan adanya ‘Pop it’, kanak-kanak dapat mengurangkan perasaan stres dan memberikan ketenangan kepada mereka dengan melakukan pergerakan berulang seperti menekan dan memicit ‘Pop it’ ini.


3. Boleh dijadikan sebagai alat pembelajaran

‘Pop it” ini bukan sahaja dapat bertindak sebagai alat permainan yang bagus untuk sensori kanak-kanak, malah mampu dijadikan sebagai alat pembelajaran santai kepada kanak-kanak. Ibu bapa perlu menulis huruf di atas setiap gelembung tersebut dan menguji kefahaman anak dalam bentuk huruf dan ejaan. Kanak-kanak boleh mengeja perkataan yang ringkas menggunakan ‘Pop it’.


Secara tidak langsung, permainan ini membantu kanak-kanak mengenal setiap huruf vokal dan huruf konsonan yang ada sekaligus mewujudkan suasana pembelajaran yang santai kepada mereka.

Haaa, tunggu apa lagi ? Bagi yang belum mendapatkan permainan ‘Pop it’ ini, boleh dapatkan di kedai berhampiran dan di aplikasi Shoppe. Anak gembira, ibu bapa pun senang hati. Betul tak ?


Gambar : Google

7 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2 Post
bottom of page