top of page

Jom kenali punca terjadinya Tantrum

Hi pembaca Majalah Bahagia !

Pernah tak anda melihat kanak yang menangis dan meronta untuk mendapatkan sesuatu barang yang diinginkannya ? Kebiasaan kita dapat melihat kejadian sebegini di dalam kompleks membeli belah, bukan ? Kejadian ini bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam kalangan ibu bapa. Situasi yang dihadapi tersebut dipanggil sebagai temper tantrum.


Haaa, apa pula temper tantrum ini ya ? Menurut kajian, temper tantrum ini merupakan satu ledakan kemarahan yang terjadi ke atas kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun yang diikuti dengan tindakan meronta-ronta, menjerit, berguling dan membaling barang (Sembiring, Filtri & Efastri, 2017). Perkara ini boleh terjadi kepada kebanyakan kanak-kanak apabila kemahuan mereka tidak dipenuhi.



GAMBAR : BABY CENTER


Terdapat tiga jenis temper tantrum yang boleh berlaku ke atas kanak-kanak. Antaranya :

· Manipulative tantrum

- Tantrum ini adalah tantrum kebiasaan yang dihadapi oleh kanak-kanak di mana mereka akan meronta-ronta dan akan berhenti setelah mendapatkan apa yang dihajatinya. Mudah untuk ibu bapa memujuk anak mereka untuk berhenti menangis dan dapat sambung berbelanja dengan gembira. Woww, syoknya !

· Verbal frustration tantrum

- Bagi tantrum ini pula berlaku kepada kanak-kanak yang menginginkan sesuatu, tetapi tidak dapat mengungkapkan kepada ibu bapa sekaligus menyebabkan kanak-kanak tersebut berasa tertekan kerana tidak dapat menjelaskan kemahuannya.

· Tempermental tantrum

- Kanak-kanak yang mengalami tantrum ini sukar untuk dikawal kerana mereka berada pada tahap kecewa yang tinggi dan hal ini menjadikan mereka lebih beremosi dan tidak fokus untuk mengawal dirinya sendiri.


Jika kita perhatikan, terdapat sesetengah ibu bapa yang cuba memujuk anak mereka dengan membeli atau memenuhi apa yang dihajati oleh kanak-kanak tersebut, malah terdapat juga ibu bapa yang membiarkan anaknya meronta sehingga kanak tersebut berhenti setelah penat menangis. Mesti korang nak tahu kan, kenapa la kanak-kanak berkelakuan seperti itu ? Jom kita lihat faktor berlakunya tantrum ini.



GAMBAR : HARVARD HEALTH


FAKTOR TERJADINYA TANTRUM

1. Kemahuan anak tidak diikuti

- Anak akan menunjukkan sikap protesnya apabila tidak berjaya mendapatkan apa yang dihajati dengan mendesak ibu bapanya melalui melepaskan emosinya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.


2. Pergerakkannya dikawal

- Anak yang hiperaktif kebiasaannya banyak melakukan pergerakan fizikal. Apabila pergerakan mereka dikawal, hal ini akan mewujudkan keadaan stress dalam diri anak tersebut dan mereka akan bersikap agresif bagi melepaskan rasa amarah tersebut.


3. Anak dalam mood tidak baik

- Anak dalam keadaan tidak selesa seperti lapar, penat dan sakit akan mendorong pada berlakunya tantrum dengan mudah. Ibu bapa harus sentiasa alert dengan keadaan anak masing-masing yer.


4. Terlalu dimanjakan

- Ibu bapa yang sentiasa memanjakan anak dengan memenuhi segala kemahuanya perlu berjaga-jaga ya kerana sekali sahaja anda tidak menuruti permintaan mereka, anda akan berhadapan dengan anak singa yang kelaparan. Dinasihatkan kepada para ibu bapa untuk sentiasa berpada-pada dalam memanjakan anak ye !


5. Keterbatasan anak mengungkapkan perkara diinginkan

- Perkara ini sering terjadi kepada anak yang berusia empat tahun ke bawah kerana keterbatasan bahasa mereka. Bahasa yang terhad membuatkan mereka tidak dapat menjelaskan apa yang diinginkan lalu terjadilah tantrum tersebut.


Semoga perkongsian Majalah Bahagia ini dapat membantu ibu bapa mengenali punca anak-anak tantrum dan diharapkan agar ibu bapa sentiasa bersabar melayani kerenah anak yang diamanahkan kerana itu juga merupakan satu proses dalam perkembangan anak-anak. 😊



Sharmilla Azwa

29 November

59 views0 comments

Comments


Post: Blog2 Post
bottom of page