top of page

Tidak pasti anak anda Autism atau Speech Delay. Ketahui 5 perbezaan kedua-duanya.



Masih ramai lagi ibu bapa yang tidak ketahui keadaan anak mereka sama ada anak mereka menghidapi masalah Autism ataupun Speech Delay. Anak-anak yang menghidapi masalah Speech Delay tidak semestinya mempunyai masalah Autism namun anak-anak yang mempunyai masalah Autism mempunyai ciri-ciri yang menunjukkan masalah Speech Delay. Perkara ini berlaku disebabkan masalah Autism boleh berlaku secara lisan mahupun bukan lisan.


Menurut Fatin Syazwina, Terapi Carakerja, terdapat 5 perbezaan antara anak-anak Autism dan Speech Delay seperti:


  1. Tingkah laku anak-anak


Jika kita lihat semula, tingkah laku kanak-kanak Autism adalah sangat berbeza berbanding dengan kanak-kanak yang mengalami masalah Speech Delay. Anak-anak Autism ini mempunyai minat yang berlebihan atau berlainan dari anak-anak yang lain. Sebagai contoh, mereka suka melihat objek berpusing seperti kipas. Bagi anak-anak Speech Delay, minat mereka adalah sama seperti kanak-kanak biasa dan tidak mempunyai minat terhadap sesuatu objek sahaja.


  1. Masalah ‘Rigidity’


‘Rigidity’ adalah keadaan di mana anak-anak sangat terikat dengan rutin harian mereka dan mengambil masa untuk beradaptasi dengan persekitaran baru.


  1. Tantrum


Tantrum adalah keadaan yang berlaku anak-anak apabila tidak dapat sesuatu perkara yang mereka inginkan. Tantrum ini boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Bagi anak-anak Autism, mereka mampu mencederakan diri sendiri dan orang sekeliling apabila masalah tantrum ini menyerang mereka. Bagi anak Speech Delay pula, mereka hanya akan menunjukkan perasaan marah mereka namun tidak akan sampai ke tahap mampu mencederakan diri mereka dan orang di sekeliling mereka.


  1. Play Skill


Play skill adalah kemahiran anak-anak ketika bermain. Kebanyakan anak-anak Autism ini tidak pandai untuk melibatkan diri mereka dalam sesuatu permainan. Sebagai contoh, anak-anak Autism tidak dapat mengikuti arahan yang diberikan seperti mengambil sesuatu barang permainan. Lain pula bagi anak-anak yang menghidapi masalah Speech Delay. Anak-anak ini mampu untuk melibatkan diri mereka dalam menerima arahan ketika bermain.


  1. Sosial


Dari segi sosial, anak-anak Autism lebih gemar untuk bermain seorang diri. Jika terdapat kawan bermain sekalipun, mereka hanya akan mengendahkan kehadiran rakan-rakan mereka. Namun, bagi kanak-kanak Speech Delay, mereka ini boleh bermain sekali bersama rakan-rakannya yang lain tetapi mereka akan kurang ataupun tidak bercakap. Walau bagaimanapun, mereka ini masih boleh bermain dengan rakan-rakan yang lain.


Ibu bapa perlu lebih peka dengan keadaan anak-anak mereka untuk mengetahui keadaan sebenar mereka bagi memastikan kesejahteraan anak-anak istimewa anda.



8 views0 comments

Comments


Post: Blog2 Post
bottom of page