top of page

“Sensory brush” atau berus terapi untuk hilangkan tantrum



Sumber : Google


Kanak-kanak istimewa merupakan satu anugerah yang diberi di mana golongan ini mempunyai sifat atau ciri-ciri yang berlainan dari kanak-kanak yang normal. Keluarga yang mempunyai anak istimewa ini perlu banyak bersabar kerana banyak dugaan yang perlu dilalui.

Kanak-kanak istimewa ini juga mempunyai perasaan di mana mereka akan mengamuk dan menangis untuk mendapatkan sesuatu perkara. Ibu bapa akan menggunakan cara yang biasa seperti memujuk dan memeluk erat tubuh sahaja untuk tenangkan mereka.

Namun, perbuatan itu kadangkala tidak mengubah situasi anak mereka atau golongan autisme ini untuk berhenti mengamuk.

Di era moden ini ibu bapa perlu menggunakan teknik pemujukan yang baru supaya anak mereka yang sedang tantrum atau mengamuk ini boleh ditenangkan dengan secepat mungkin. Menggunakan berus terapi sahaja untuk menenangkan kanak-kanak ini. Berus terapi ini boleh didapati dengan mudah yang dijual dalam aplikasi Shopee juga.


Penjelasan berus terapi

Menurut Willbarger Brushing Protocol, cara menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan teknik sentuhan berus. Berus ini telah direka khusus bentuknya agar memberi kesesuaian dengan genggamana tangan untuk menperoleh hasil yang minima semasa menggunakannya. Berus terapi ini akan diperbuat daripada plastik dan berusnya mempunyai permukaan yang sangat lembut supaya tidak mendatangkan sebarang kecederaan di kulit.


Cara penggunaan berus terapi

Pertama, pegang berus tersebut dalam keadaan yang selesa dan gosokkan dalam keadaan sehala sahaja. Menggosok di bahagain keting, tapak kaki, belakang badan dan betis lebih kurang 10 minit sehingga 15 minit.

Teknik brushing ini digalakkan untuk membuat setiap dua jam sekali ketika kanak-kanak itu dalam keadaan yang sedar.

Teknik ini dilakukan di atas bahagian kulit kanak-kanak dengan secara mendalam atau deep pressure. Mulakan dari bahagian atas iaitu bahagian lengan terlebih dahulu dan teruskan ke bahagian lain pula sehingga ke kaki anak-anak tersebut.

Tempat-tempat sensitif seperti dada, perut dan muka perlu dielakkan kerana boleh mendatangkan kesan sampingan lain seperti kanak-kanak tersebut akan termuntah.


Pengalaman pengguna dari sumber “Sinarplus”

Norizwan menggunakan berus terapi kepada anaknya autisme yang sedang mengamuk secara tiba-tiba.

“Mujurlah aku teringat pasal berus ni, terus aku cari dalam laci dan gosok terus kat tempat-tempat yang tertentu kat anggota badan Zara.”

Beliau menggosok secara sehala pada tapak kaki, betis, keting dan belakang badan selama 10 ke 15 minit sehingga anaknya berhenti menangis dan kembali tenang.

Tambahnya, berus terapi tersebut sebenarnya mampu menghilangkan rasa sensitif yang melampau terhadap kanak-kanak autisme.

“Bukan hilangkan terus tapi akan buat budak-budak ni rasa tenang. Lagi kerap guna lagi bagus sebab lagi tenang budak tu.”




Sumber : Google



17 views0 comments

Commentaires


Post: Blog2 Post
bottom of page