Sumber gambar : Google
Essential Oil ini merupakan satu minyak semulajadi yang diekstrak dari tanaman yang terpilih sahaja seperti akar, bunga dan buah-buahan. Minyak ini mempunyai manfaat yang tersendiri yang digunakan merawat kesihatan badan, membuatkan seseorang itu tenang dan lain-lain.
Kanak-kanak istimewa yang mengalami masalah autisma juga disarankan untuk menggunakan minyak tersebut. Hal ini kerana minyak ini dipercayai mampu membuatkan anak mereka berasa tenang dan membantu untuk mereka tidur dengan tenang.
Perkara ini dikukuhkan lagi oleh seorang pakar iaitu Dr. Jill Hollway dan sekumpulan penyelidik dari Pusat Perubatan Ohio State University Wexner yang telah melaksanakan kajian berkaitan penggunaan minyak essential ini. Mereka menjalankan penyelidikan mengenai trend penggunaan minyak essential dalam membantu kanak-kanak autisma.
Sumber gambar : The Asian parent
10 jenis minyak essential serta kebaikannya
1.Minyak Bergamot
Minyak yang penting terhadap anak autisma kerana mampu mewujudkan persaan gembira, berasa segar dan bertenaga. Minyak ini juga mampu mengurangkan tekanan dan kemurungan anak-anak istimewa itu.
2.Minyak Ylang-Ylang
Minyak ini mampu mengurangkan kemurungan serta kekejangan kerana memberi kesan positif ke atas emosi manusia.
3.Minyak Pudina
Minyak pudina ini dikatakan paling serbaguna jika dibandingkan dengan minyak yang lain kerana mampu meningkatkan fokus mental dan dapat menenangkan badan.
4.Minyak Lavender
Boleh meningkatkan kualiti tidur, mengurangkan kebimbangan dan dapat menenangkan kanak-kanak autisma.
5.Minyak Cedarwood
Minyak cedarwood ini mempunyai bau yang akan memberikan ketenangan dan menggalakkan pengeluaran serotonin yang kemudiannya akan bertukar menjadi melatonin di dalam otak manusia.
6.Minyak Mandarin
Kanak-kanak lebih gemar pada bauan minyak mandarin ini kerana mempunyai aroma limau yang manis. Minyak ini mampu mengurangkan insomnia dan keresahan dalam diri.
7.Minyak Cendana
Minyak ini mampu menjadikan seseorang itu dapat berfikir dengan jelas apabila menggunakan minyak ini dengan diffuser.
8.Minyak Chamomile
Antara minyak essential yang paling baik untuk kegunaan semasa seseorang itu mempunyai tekanan dan kemurungan. Menurut sebuah kajian, wap chamomile yang disedut mampu menenangkan seseorang itu.
9.Minyak Kemenyan (Frankincense)
Minyak kemenyan ini mampu membantu meningkatkan sistem imun kanak-kanak yang autisma atau ADHD serta dapat mengurangkan tindak balas tekanan dan emosi yang negatif.
10.Minyak Vertiver
Satu kajian oleh Dr. Terry Friedman mendapati bahawa minyak ini mampu menenangkan kanak-kanak. Minyak ini juga dapat membantu kanak-kanak yang mudah terganggu, yang sukar untuk menumpukan perhatian dan yang tidak mengetahui untuk bersabar.
Peringatan penting semasa menggunakan minyak essential ini
-Minyak ini sangat kuat dan pekat jadi perlu mengetahui jumlah yang patut digunakan setiap kali.
- Perlu dicairkan minyak mengikut sukatan yang betul.
- Perlu rujuk dengan orang yang lebih pakar cara penggunaan setiap minyak essential ini.
-Selepas digunakan pastikan penutup minyak tersebut ditutup dengan rapat dan jangan letak di suhu yang tinggi.
Sumber : Rosanna Chio (The Asian parent)
Comments