top of page

Insan istimewa yang berkebolehan


Dalam sebuah keluarga pasti ada seorang insan yang akan dilahirkan sebagai kanak-kanak istimewa kerana tidak seperti kanak-kanak normal yang lain walaupun dari segi fizikal seperti kanak-kanak normal namun tetap mempunyai kelebihan dalam dirinya walaupun ada kekurangan dari segi pelajaran.

Lambat dalam pelajaran dan sering memberontak semasa umur masih muda membuatkan seorang kanak-kanak istimewa itu dihantar ke sebuah sekolah khas semasa umur 8 tahun.

Sebuah perkongsian Puan Ana Yusop, 47, berkaitan anaknya Danial Jaffaree, 22, yang lambat dalam pelajaran dan sukar memahami arahan yang diberi. Perkongsian ini juga akan menceritakan bagaimana anaknya cuba untuk membiasakan diri menjadi seperti kanak-kanak lain.

Ana Yusop, 47, lambat mengetahui bahawa anaknya Danial ini merupakan seorang anak yang lambat dalam pelajaran dan susah memahami arahan diberi pada usia 7 tahun kerana semasa anaknya kecil beliau beranggapan bahawa anaknya seperti kanak-kanak yang lain.

Saya membawanya berjumpa dengan pakar dan telah disahkan bahawa anak saya yang number tiga ini mempunyai masalah dalam pelajaran dan sukar memahami arahan yang diberi serta sering mengamuk menghempas barang yang ada semasa usianya masih muda.

Tambahnya lagi, selepas mendapat pengesahan dari doktor pakar, Puan Ana terus menukarkan anaknya itu di sekolah rendah pendidikan khas dan meneruskan pelajaran di peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Nibong.


Perjalanan kisah Danial

Sekolah Menengah Kebanggsaan Sungai Nibong merupakan sebuah sekolah untuk pelajar istimewa. Pelajar-pelajar boleh memilih bidang yang mereka minati seperti pelancongan, lukisan dan pertanian.

Danial telah dimasuki dalam bidang pertanian dan aktiviti harian mereka di sekolah adalah bertani seperti menanam pelbagai anak pokok. Latihan ini dapat membuatkan mereka berasa seronok untuk ke sekolah.

Setiap hari Danial akan balik ke rumah dan berkongsi cerita dengan adik-beradiknya yang lain berkaitan aktiviti yang dilakukan di sekolah tersebut.

Tambah Puan Ana, anaknya itu suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti seperti larian. Pertandingan tersebut akan dimenangi oleh anaknya ini salah satu kebolehan yang saya nampak dalam dirinya selain dalam bidang pertanian.

Pada usianya 17 tahun Danial telah berhenti sekolah atas alasan yang tersendiri oleh keluarganya dan Puan Ana mencari cara untuk membuatkan anaknya berdikari seperti anak remaja yang lain.


Belajar mencari duit sendiri

Setelah tamat persekolahan Danial akan keluar rumah untuk mencari kawan kerana dia seorang suka berkawan. Hal ini kerana dirinya seorang yang peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

Segelintir penduduk perumahan dikawasan rumahnya kadangkala akan memberi wang kepadanya atas dasar kesian. Sebaliknya Danial tidak pernah meminta duit daripada sesiapa dia hanya mahu berkawan.

Puan Ana, mencari satu cara untuk buangkan stereotaip terhadap anaknya bukanlah meminta sedekah. Beliau mencadangkan anaknya tersebut untuk berniaga kuih peneram di kawasan perumahannya.

Katanya lagi, saya menyuruhnya menjual dengan harga RM1 sebungkus supaya mudah bagi Danial untuk berniaga dan dia hanya mengetahui nilai wang kertas yang berjumlah RM1 sahaja.

Bagi Puan Ana merasakan perniagaan rumah ke rumah yang dilakukan anaknya adalah berkesan kerana setiap hari jualan kuih peneram akan habis. Saya juga dapat melihat yang anak saya suka dalam bidang perniagaan ini.


Gambar : Danial Jaffaree, 22

Sumber : Ana Yusop


Gambar : Danial bersama adik lelakinya

Sumber: Ana Yusop


###


18 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2 Post
bottom of page