top of page

Manfaat ikan salmon untuk anak anda


Sumber gambar : Google

  • Ikan salmon mempunyai protein yang banyak dan sesuai di makan oleh sesiapa sahaja iaitu kanak-kanak dan juga orang dewasa.


  • Ikan salmon juga mempunyai zat kebaikan seperti omega tiga di mana penting untuk ketumbesaran badan anak-anak anda.


  • Kita mengetahui bahawa ramai ibu-bapa akan memberi anaknya dengan hidangan yang berasaskan ikan salmon seawal umur bayi berusia tujuh bulan kerana senang dihadam oleh perut kanak-kanak tersebut.


  • Ikan ini juga mampu meningkatkan fungsi otak dan memori kerana mempunyai asid amino dan vitamin A.


  • Kandungan DHA dan omega yang terdapat dalam ikan salmon ini juga mampu menjaga kesihatan mata.


RESEPI MUDAH DAN LAZAT


Makanan untuk si anak dan keluarga: Makaroni dan ikan salmon


Sumber : Siti Hajar Mazni


Bahan-bahan :

· Makaroni

· Ikan Salmon

· Sos Prego carbonara cendawan (Tin biru)

· Sos Prego tradisi (Tin merah)

· Secubit garam

· Sos lada hidam

· Sos tiram


Cara masakan :

1. Rebus makaroni tersebut dengan air panas dan biarkan selama 15 minit sehingga sedikit kembang serta lembut.

2. Setelah lembut buangkan air rebusan tersebut.

3. Panaskan kuali dan masukkan kuah prego carbonara cendawan ke dalam kuali yang telah panas.

4. Biarkan sehingga mendidih dan letakkan secubit garam atau penambah rasa untuk kesedapan kuah tersebut.

5. Ulang langkah tiga untuk memasak sos tradisi prego bewarna merah pula.

6. Seterusnya, gaulkan ikan salmon bersama sos tiram dan sos lada hitam.

7. Biarkan ikan salmon yang telah digaul selama 10 minit sebelum di masak.

8. Panaskan kuali dan masukkan kepingan ikan salmon tersebut. (Jangan masak terlalu lama ikan salmon tersebut kerana dapat mengurangkan zat yang terkandung dalam ikan tersebut)


Cara hidangan :

Letakkan sos carbonara yang bewarna putih dan sos merah tradisi di atas macaroni yang siap direbus. Kemudian letakkan ikan salmon yang telah siap dimasak dan makan bersama macaroni tersebut untuk menambah rasa keenakan makanan yang telah dimasak. Selamat mencuba buat pembaca majalah bahagia.


11 views0 comments

Comments


Post: Blog2 Post
bottom of page